Pemprosesan teh hitam Teh

  • Sesudah dituai, daun mula-mula dilayurkan dengan meniup udara melaluinya.
  • Teh hitam kemudiannya diproses melalui salah satu cara, CTC (Crush, Tear, Curl) atau orthodox. Kaedah CTC method digunakan bagi daun berkualiti rendah yang berakhir dalam uncang teh dan diprocess dengan menggunakan mesin. Kaedah ini efisen dan berkesan untuk menghasilkan produk berkualiti dari daun berkualiti serdahana dan rendah. Pemprosesan ortodok dilakukan samaada melalui mesin atau tangan. Pemprosesan menggunakan tangan dilakukan bagi teh berkualiti tinggi. Walaupun kaedah digunakan dalam pemprosesan ortodok berbeza menurut jenis teh, stail pemprosesan ini menghasilkan teh lerai berkualiti tinggi yang digemari oleh pakar "connoisseurs".
  • Kemudian, daun dioksidakan menurut suhu dan kelembapan terkawal. Proses ini juga dikenali sebagai penapaian, walaupun tiada penapaian berlaku. Tahap pengoksidaan menentukan kualiti teh. Oleh kerana pengoksidaan bermula semenjak tahap pengilingan, tempoh masa antara proses ini juka merupakan faktor penting bagi menentukan kualiti teh.
  • Kemudian daun dikeringkan untuk menghentikan proses pengoksidaan.
  • Akhirnya, daun diasingkan menurut gred menurut saiz mereka (daun penuh, pecah, serpih "fannings" dan serbuk), biasanya dengan penggunaan tapisan. Teh boleh digredkan lagi sub-graded menurit kriteria lain.

Teh ini sedia untuk dibungkus.